Sunday, July 1
JENIS TOPOLOGI
1.TOPOLOGI CINCIN
PENGENALAN
Topologi cincin atau Token-Ring menghubungkan semua nod sebagai satu rantaian membulat seperti cincin. Mesej atau data akan dipindahkan secara turutan mengikut satu laluan yang sama di dalam cincin yang sama. Teknologi rangkaian ini mula digunakan oleh sistem IBM dengan menggunakan Kabel Type I dalam kategori Shielded Twisted Pair (STP).Setiap data yang melalui nod akan disemak lokasi penghantarannya. Sekiranya tidak sama dengan nod yang dilaluinya, ia akan diserahkan kepada nod yang seterusnya dan ini akan berterusan sehingga alamat penghantarannya sama dengan nod yang dilaluinya.
Memandangkan data dipindahkan mengikut satu laluan yang sama secara turutan maka kemungkinan untuk berlakunya pelanggaran data seakan-akan sama dengan sistem rangkaian dan juga boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tanpa menjejaskan keseluruhan sistem sacara langsung. Namun satu masalah yang timbul ialah sekiranya satu nod gagal berfungsi, keseluruhan sistem rangkaian kemungkinannya akan turut terjejas.Susunan nod dalam topologi ini juga secara fizikalnya adalah hampir sama seperti topologi bintang, cuma secara logikalnya adalah berbentuk cincin. Alat tambahan yang diperlukan dalam topologi ini dinamakan Multi Station Access Unit (MSAU). MSAU ini dipasang dalam satu rangkaian berbentuk cincin jika ianya lebih dari satu unit. Jika hanya satu unit saja digunakan maka secara fizikalnya topologi ini adalah
sama dengan sambungan dalam bintang.
KELEBIHAN
- Rangkaian ini tidak memerlukan komputer pelayan
- Rangkaian boleh dibina lebih luas menggunakan gelang token
KEBURUKAN
- Satu komputer tidak berfungsi menyebabkan masalah dalam rangkaian
- Tidak mudah untuk membaik pulih jika berlaku kerosakan
- Kad rangkaian jenis MAU mahal dari kad rangkaian jenis internet
- Lebih perlahan dari rangkaian internet
2.TOPOLOGI BINTANG
PENGENALAN
Topologi Bintang merupakan satu sistem rangkaian yang mana semua komputer atau peranti lain yang
berkenaan disambungkan kepada satu sistem pengagihan pusat yang dikenali sebagai Hub atau Switch. Hub atau Switch bertanggungjawab untuk menguruskan rangkaian komputer tersebut. Semua mesej atau data dihantar kepada hub yang sebagai pusat kawalan bagi menelakkan perlanggaran daripada berlaku.
Terdapat dua operasi yang digunakan oleh hub atau switch iaitu operasi penyaebaran (broadcast) dan operasi peralihan (switching). Dalam operasi penyebaran, hub atau switch akan membuat penghantaran data yang diterima daripada satu stesyen kepada semua laluan yang bersambung kepadanya. Dalam operasi peralihan pula, hub atau switch akan menyimpan data yang diterima dan menghantar data tersebut melalui laluan stesyen penerima sahaja.
Setiap nod boleh disambungkan ke sistem rangkaian dan juga boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tanpa menjejaskan keseluruhan sistem secar langsung. Tambahan lagi sekiranya salah satu nod tidak berfungsi, ianya juga tidak akan menjejaskan rangkaian komputer yang lain.
Sebarang kerosakan sambungan di antara nod dengan hub juga tidak akan menjejaskan sistem secara keseluruhan tetapi sekiranya kerosakan berlaku pada hub, keseluruhan sistem akan turut terjejas. Kelemahan utama topologi ini ialah ianya memerlukan kos yang agak tinggi memandangkan setiap sistem yang dihubungkan kepadanya(komputer, pengimbas, pencetak dan sebagainya) memerlukan kabel yang tersendiri.
KEBAIKAN
- Proses pemasangan dan penyambungan yang mudah
- Proses memasang atau membuang sebarang peranti tambahan yang terbabit tidak akan mengganggu sistem rangkaian.
- Sebarang kerosakan pada sistem rangkaian dapat dikesan dengan lebih mudah dan pantas.
KEBURUKAN
- Memerlukan kabel yang lebih panjang daripada topologi bas linear.
- Jika hub rosak, semua nod tidak boleh berfungsi dalam sistem rangkaian
TOPOLOGI BAS
PENGENALAN
Semua nod pada bas, atau Ethernet, rangkaian disambungkan kepada LAN sebagai cabang daripada talian umun. Setiap nod mempunyai alamat unik. Kad rangkaian yang dipasangkan dalam nod, mungkin sebuah PC, pelayan fail, atau pelayan cetak, mendengar untuk memastikan bahawa tiada isyarat sedang dihantar di sepanjang rangkaian. Kemudian ia menghantar mesej ke peranti lsin dengsn memberinya kepada penghantar-terima, biasanya pada kad tambah. Setiap nod mempunyai penghantar-terimanya sendiri.
Penghantaran-terima menyiarkan mesej dalam kedua-dua arah supaya ia sampai ke nod lain dalam rangkaian. Mesej termasuk alamat destinasinya dan sumber, bingkisan pemeriksaan ralat, dan data.
Setiap nod di sepanjang bas memeriksa maklumat alamat yang terkandung dalam mesej. Nod di mana mesej tidak dialamatkan tidak akan diberi perhatian.Apabila nod mengesan alamatnya sendiri dalam mesej, nod membaca data, memeriksa ralat, dan menghantar permakluman kepada penghantar, dengan menggunakan alamat penghantar, yang disertakan sebagai sebahagian daripada mesej.
Apabila dua nod menghantar mesej secara serentak, perlanggaran antara dua mesej membentuk corak gangguan elektrik yang boleh dikesan bergerak sepanjang bas dan oleh penghantar.
Penghantar pertama yang mengesan perlanggaran isyarat khas untuk menyekat rangkaian supaya semua nod akan tahu rangkaian telah disekat. Penghantaran dari semua nod akan berhenti, setiap nod menunggu secara rawak bagi satu tempoh masa sebelum cuba untuk menghantar semula mesejnya. Proses ini mengulang sehingga satu daripada nod menghantar mesejnya tanpa bertembung dengan mesej nod lain.
KEBAIKAN
- Mudah dilaksanakan
- Sesuai untuk rangkaian sementara atau rangkaian kecil yang tidak memerlukan kelajuan tinggi (pemasangan segera)
- Kos yang murah
- Lebih efektif kerana menggunakan satu kabel
- Kerosakan mudah dikesan
KEBURUKAN
- Jika satu kabel rosak atau terputus, maka keseluruhan rangkaian tidak dapat berfungsi. Ini kerana berlakunya lantunan isyarat di dalam rangkaian.
- Panjang kabel dan bilangan komputer terhad
- Menjadi perlahan apabila banyak komputer disambungkan
Friday, February 10
5 PERALATAN RANGKAIAN KOMPUTER
Pengenalan
Penggunaan komputer pada masa kini telah menjadi seperti sebahagian dari hidup kita. Perjalanan dan tugas seharian menjadi semakin mudah dan tanpa disedari kita semakin bergantung kepada mesin yang kita panggil komputer ini. Begitu juga dengan tanggungjawab dan beban kerja di pejabat, di mana maklumat-maklumat perlulah dihantar dengan cepat dan pantas bagi mengelakkan berlakunya kerugian atau sebarang kebocoran maklumat. Contohnya, ahli-ahli perniagaan, penghantaran maklumat yang pantas dan selamat berupaya menghasilkan keuntungan yang berlipat-ganda.
Di bidang pendidikan pula, gabungan di antara penggunaan komputer dengan dengan teknologi telekomunikasi telah menghasilkan apa yang kita kenali sebagai Teknologi Maklumat.
Teknologi Maklumat telah berperanan sebagai asas untuk menyimpan maklumat, mengolah maklumat, menyalur dan mengedarkan maklumat di dalam pelbagai bentuk dan cara. Bahan atau maklumat tersebut dapat disalurgunakan sama ada di dalam bentuk teks, gambar, grafik, suara, animasi, dan video, atau gabungan kesemua unsur secara interaktif yang juga dikenali sebagai Multimedia. Semua bahan dapat disalurgunakan dengan menggunakan teknologi terkini, sama ada dengan rangkaian (networking), dan internet.
Di bidang pendidikan pula, gabungan di antara penggunaan komputer dengan dengan teknologi telekomunikasi telah menghasilkan apa yang kita kenali sebagai Teknologi Maklumat.
Teknologi Maklumat telah berperanan sebagai asas untuk menyimpan maklumat, mengolah maklumat, menyalur dan mengedarkan maklumat di dalam pelbagai bentuk dan cara. Bahan atau maklumat tersebut dapat disalurgunakan sama ada di dalam bentuk teks, gambar, grafik, suara, animasi, dan video, atau gabungan kesemua unsur secara interaktif yang juga dikenali sebagai Multimedia. Semua bahan dapat disalurgunakan dengan menggunakan teknologi terkini, sama ada dengan rangkaian (networking), dan internet.
Definisi Rangkaian
Rangakaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit.
Kebaikan Menggunakan Rangkaian
(Networking)
(Networking)
1.Berkongsi fail :
Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat.
2.Memindahkan fail :
Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.
3.Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos :
Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.
4.Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data :
Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.
5.Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dan lain lain :
Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain.
6.Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail) :
Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.
5 PERALATAN RANGKAIAN KOMPUTER .
HUB
HUB merupakan alat perkakasan yang digunakan ke rangkaian pelbagai komputer sekaligus. Ia adalah sambungan pusat untuk semua komputer dalam rangkaian, yang biasanya berasaskan Internet. Maklumat yang dihantar ke HUB boleh mengalir ke mana-mana komputer lain dalam rangkaian.
ROUTER
Router adalah sebuah peranti yang digunakan untuk menyambung antara rangkaian dengan atau melalui penjaluran.
NETWORK CARD
Ethernet card atau lancard berfungsi sebagai media penghubung di antara komputer dengan rangkaian. Ada beberapa jenis port sambungan yang boleh digunakan. Jika direka untuk kabel jenis coaxial, maka penyambung yang dipakai adalah penyambung BNC (Barrel Net Nokia atau Bayonet Net Connector), sedangkan jika direka untuk twisted pair, maka penyambung yang dipakai adalah penyambung RJ-45.
CONNECTOR
Connector adalah Perangkat keras yang digunakan untuk menghubungkan kabel dengan komputer , untuk jaringan komputer dikenal dengan Istilah RJ45 yang merupakan connector standar untuk kabel Internet Categori 5.
MODEM
Modem atau perkataan pendeknya adalah Modulator. Modem adalah alat komunikasi yang boleh menjadi sama ada dalaman atau luaran ke komputer anda. Ia membolehkan satu komputer untuk menyambung satu lagi komputer dan pemindahan data melalui talian telefon. Asal dial-up modem menjadi usang kerana kelajuan yang perlahan dan digantikan dengan kabel dengan lebih pantas dan modem DSL.
SEKIAN , TERIMA KASIH
Thursday, February 9
Pengenalan Diri
HELLO AND HI ! LET'S ME INTRODUCE YOU ABOUT MY SELF
MUHAMMAD NABIL NAUFAL BIN ABD RAHIM
1 JUN 1998
HOSPITAL PAKAR SEPADU SEREMBAN
NASI AYAM
TEO AIS , MILO AIS
BERMAIN BOLA SEPAK , MELAYARI INTERNET
TENTERA UDARA
Subscribe to:
Posts (Atom)